Tuesday, January 26, 2010

Baby Sitter


Cuti2 ni..dok jadi baby sitter kepada anak buah kesayanganku..Balqis Solehah bin Muhammad Izzul Hisyam..Walaupun Balqis ni agak gedik dan manja2,aku tetap sayang kat dia.Harini geram sangat..dia bantai menangis gile2 sebab tak mau mandi..hangin aku..terpaksa bersabar dengan kerenahnya..


Ni ha gambar-gambar Balqis ni..

Hai..nama saya Balqis Solehah

Saya nak jadi pakar IT bila besar nanti
Saya suka melukis!!

Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah...


1 Jan 2010-630 petang..telah pergi seorang sahabat menghadapMu ya Rabb, adik Nur Hidayah Hassan menghembuskan nafas terakhir setelah lebih 5 tahun bergelut dengan penyakit sindrom tulang rapuh yang dideritainya..perginya takkan kembali..meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap diriku..Walaupun baru beberapa bulan mengenalinya,namun semangat dan keazamannya yang kuat selalu menyedarkan diriku betapa bertuahnya aku dikurniakan kesihatan yang baik..Hidayah..seorang gadis kecil,namun berjiwa besar..walaupun sakit, tetap gigih berusaha untuk menuntut ilmu..Al Fatihah..semoga allahyarhamah diberi rahmat yang berlimpah ruah olehMu ya Rabbi..dan doaku semoga beliau ditempatkan dikalangan hambamu yg solehah..amin


23 jan 2010-730pagi..Sahabat sekuliahku, Tengku Muhammad Onn bin Tengku Adnan telah pergi jua menemuiMu Yang Maha Pencipta..Terlibat dengan nahas jalan raya di kg Ajai Kuala Dong Raub, Pahang..Berakhirnya perjalanan hidup allahyarham, teman seperjuangan yang sentiasa ringan menghulurkan pertolongan dan juga sentiasa menghiasi wajahnya dengan senyuman penuh ikhlas..YaAllah,tempatkanlah rakan2 ku ini di dalam jannahmu..amin...

Tuesday, January 19, 2010

Demam FYP sudah bermula


Ye..memang demam FYP sudah bemula..kenapa? Sebabnya..tiba-tiba je laptop blank dan asyik restart je..akhirnya dah tak ada jalan lain terpaksa format balik laptop tu..Apa yang lebih bijak..segala khazanah final year projek selamat lenyap dengan tragisnya..Takde back up langsung kecuali untuk report FYP 1..Haa..mau x demam dibuatnya..segala usaha dan research selama 5 bulan lenyap begitu sahaja..Inilah perkara yang paling kurang bijak yang telah pun aku buat untuk permulaan sem ni..Lepas ni tobat tak nak buat macam ni dah..Ni semua berpunca daripada kelalaian dan sikap tak ambil kisah aku juga..memang pengajaran..Pengajaran yang aku dapat:

1) Shut Down your laptop properly.
2)Never ever switch off the switch immediately.
3)Make sure the screen turn into black then you can switch off.
4)Do back up all of your documents.