Friday, January 6, 2012

Penglipurlara:Part 1 - Bung Bung Kang Ku-ng


Kisahnya begini. Dulu, tinggallah satu keluarga miskin.Ada Mak Bedah, anaknya Kuntum, dengan sorang lagi anak tiri namanya Melur.Mak Bedah ni memang manjakan sangat anaknya Kuntum, sampai masak air pun tak reti lah si Kuntum ni. Padahal malas berliwat. Mekala si Melur ni pulak selalu sangat kena suruh dengan Mak Bedah. Pantang silap sikit habis berbirat betis kena libas. Tapi tu lah, Melur ni tak berkira. Dianya sayang ngat ke Mak Bedah dengan Kuntum ni.Mende dah tak nye ada urang lain dah..waris seme taknye ada..tinggallah Melur mengasuh Mak Bedah dengan Kuntum.Pagi-pagi lagi Melur dah keluar membuat hal.Mencari air kayu untuk memasak, mandi, macam-macam lagilah. Tengahari sikit lepas bertanak, jerang air,masak lauk apa yang patut, pegi lah dia nya kerja. Kerjenye menjaga padi urang kaya.

Kerja Melur ni menjaga padi urang kaya. Dapatlah beras 5 gantang sebulan. Dapat la deme anak beranak makan. Zaman iterh urang tak mengira ke duit ringgit sangat. Asal ada makan, beras tak putus pun dah jadi. Mudah ngat lah hidupnya masa tu..Yang susahnya Melur ni sebab dia surang je yang kerja. Mak Bedah dengan Kuntum duduklah di rumah bersenang-senang.Main anak kucing, bertana bunga, satu je yang sedak sikit Mak Bedah ni rajin bertanam sayur. Tapi tu la,demenye langsung tak mengira ke Melur ni. Masa iterh umur Melur ni muda lagi, tapi bulih menikah la patutnye. Masa kerja dengan urang kaya ni, dapatla juga Melur berganti kain-baju. Yelah, bini urang kaya ni rajin membeli-belah ke Pekan, mana-mana kain baju yang tak nye nak pakai dah tu nye bagi la ke Melur nih. Dapatlah Mak Bedah dengan Kuntum tumpang melaram. Hmm makin besor lah kepala deme terh. Tapi Melur tak kisah..suke ngat dia nye dapa meninguk mak tiri dengan Kuntum melaram-laram. Mana-mana baju yang deme tak berkenan barulah dapat ke Melur.

Nak cerita pasal kerja Melur ni, dia tengahari pergilah turun ke sawah urang kaya.masa musim bertanam padi bertanamlah Melur ni. Sampai la musim menuai...tiap-tiap harilah Melur ni kerja. Taknye ada lah cuti macam zaman sekarang ni. Masa musim menunggu padi masak tu lah masa yang payah betei. Melur kena la jaga padi tu, takut nye makan di musoh. Musoh pulak banyak..tak kira waktu ada je yang mengacau.Tikusnye la, burung, macam-macam la musoh padi ni. Semua nye nak mengerjake padi urang kaya. Ye lah, padi benih baik. Dalam banyak-banyak musoh ni, burong pipit tuli la yang paling banyak sekali. Sekali Melur kejor, berpuluh pulak yang berkerumun di belakang. Tak ketawan hala dah Melur ni. Pulaknye dia surang je yang kerja kat situ. Puas la dia menyanyi bagai lah nak menghalau burung. Dah pepah pun susah pipit tuli ni nak lari. Benda urang kata nye tuli iterh tak nye peduli ke urang menghalaunye.. Meke lame terh menyanyi2 la Melur ni dalam menghalau burong-burung terh. Tak tau lah sedap ke tak suara Melur ni. Tapi agaknya setandinglah dengan Dato' Siti. Yelah, mende urang Pahang juge..Macamni lah lebih kurang lagu Melur nih:


"Siuh pipit tuli,
Jangan makan padi aku,
Padi aku pahit maung,
Padi raja muda,
Lemak Manis"


Dalam menyanyi-nyanyi terh, ada pulak bende lain yang menyahut. Melur ni terkejut la juga. Mat ke pelik ngat bunyi nye..ntah menatang ape la pulak..seram juge melur mendengarnya.Melur cuba buat-buat tak tau.Tapi dia dah mula tak sedap hati. Tak pernah nye dengor bunyi begitu..burok juga bunyi erh."Bung bung kan kung"..Haaa tak ke pelik..ntah bunyi burong apa pulak macam iterh..puas Melur tertinguk-tinguk tak terjumpa pulak bendenye..Dah begitu apa lagi..lintang-pukang la Melur lari..Hari dah dekat senje macam-macam la yang nye pikir di Melur ni.Benda sawahnye pulak jauh pada urang. Zaman iterh taknye ada la pulak cerite urang merogol ke apa, Melur ni takut ke antu sitan je la dalam kepala dianya. Sampai ke rumah, terkejut pulak Mak Bedah Meninguk Melur tercungap-cungap penat ngat belari. Sekala erh tak pernah pulak budak ni balik awal begini. Selagi tak senja dudukla menjaga sawah tu.Memang lurus betei budak Melur ni.

Mak Bedah pun tanye lah, mengapanya aok ni Melur, berlari macam urang kena kejor di rimau. Melur pun kate, ni bukan nye kejor di rimau mak, ntah ada bende yang menunggu di sawah urang kaya tu, bila habis je kas menyanyi menghalau burong tu ada pulak bende menyahut "Bung bung kang kung". Takut la kas, ntah bende apa pulak pelik ngat bunyinye tu..Nak kata urang kas memang dah tinguk tak nye ada la urang yang rajin ngat nak ke sawah petang-petang ni..Anak-anak urang kaya tu lagi la bukannya..bende deme nye tu memang malas..takut ngat ni mak..burok ngat bunyi bende tuh. kas ingat mesti penunggu sawah. Haish, tak bulih buat main, karang nye makan ke kas karang susah mak.. Mak Bedah pun seriau juga mendengar cerita Melur tu. Takut juga kalau-kalau betul la tu bunyi penunggu sawah, karang tak pasai deme..takde urang nak diharap ke dah.. tapi Mak Bedah ni rupenya cerdik..Dia dapat satu akal. katenya ke Melur. Macam ni lah Melur, aok tak payah takutlah. Sebelah sawah urang kaya tu sawah raja muda. Lain kali, kalau ada lagi bende tu menyahut, aok sebut "Mau" ye..Kita tinguk..mende apa yang keluar. Nanti kalau aok terkejut, takut ngat..lari je ke tempat raja muda tu..ramai juga urang yang kerje dengan raja muda tu..Bulih juge deme tingok ke bende erh..bulih macam tu?? Hmm Melur tak berani lah mak,tapi ye lah, esok Melur cube lah. Kuntum yang mendengar ceritenye seram sejuk juge la.Malam tu demenye tidur 3 beranak sebab takut sangat. Mana tau ntah-ntah benda tu mengikut Melur balik. Kalau merupe depan deme karang haru juge lah.

Esoknye.....

Melur pun buat-buat berani lah pergi kerje..Menyanyi lah melur ni macam biasa.......

Thursday, December 15, 2011

mamaLUV: KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN - ELAKKAN KEKERASAN PA...


mamaLUV: KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN - ELAKKAN KEKERASAN PA...: Thanks Mr Google Alkisah - Share from FB: Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pak...

Thursday, May 19, 2011

Induction week


Hari ni hari pertama induction untuk program diet dr. Atkins. Diet ni mementingkan pengambilan karbohidrat yang rendah dan juga melebihkan pengambilan protein. Menu diet saya pada hari ini:

Sarapan:
1)800ml air suam
2)sebiji telur rebus
3)3 sudu besar sayur tumis bersama hirisan ayam
4)1/3 ekor ikan selar kuning yang digoreng

*setengah jam kemudian
800ml air suam

Makan tengahari
1)800ml air suam
2)2 ketul ayam goreng saiz sederhana
3)4 sudu taugeh goreng bersama tauhu
4)1/3 ekor ikam selar kuning yang digoreng

*setengah jam kemudian
800ml air suam

Makan malam(sebelum pukul 8.00malam)
1)seketul ayam goreng
2)1/3 ikan goreng selar kuning yang digoreng
3)4 sudu sayur tumis
4)sebiji telur rebus
5)800ml air suam

Saturday, March 6, 2010

Manusia ke ni??


Semakin hari semakin banyak perkara-perkara gila yang dilakukan oleh manusia pada abad ini. Sampai tak tahu nak panggil mereka ni sebagai manusia, haiwan atau syaitan. Agaknya kenapa ye jadi macam ni? Adakah kerana cuaca yang panas dan keadaan ozon yang semakin menipis menjadikan manusia berubah menjadi sesuatu yang amat dahsyat?Di mana-mana sahaja, seantero dunia, pelbagai perangai pelik manusia telah terdedah. Adakah mereka bangga berkelakuan sedemikian? Entahlah..Erm..nak cerita banyak pun susah..tengok sendiri la ye..




Kisah Kejam 1

Kekejaman manusia terhadap haiwan
Tak tahu kenapa perempuan gila ni main bunuh-bunuh anak itik..Kot ye pun nak jadikan hobi, cari la benda yang berfaedah sikit..yakksss very disguisting!!



Gambar ni dah lama dah jumpa..tapi baru-baru ni tergali semula dan baru ingat nak share..Nak tahu lagi lanjut kes dajal ni klik sini









Korang ingat tu dah habis kejam????Di Malaysia ada yang lagi kejam!!!Ni kisah manusia dengan manusia pula, bukan itik, anak kucing dan lain-lain ye....






Kisah Kejam 2
Kekejaman manusia terhadap manusia

Ni pulak terjadi di Malaysia,mangsa bernama Syafia Humairah Sahari, 3 tahun dilaporkan dipijak seorang lelaki , 28 tahun, yang juga merupakan teman lelaki ibunya.. Suspek masih ditahan reman. Ni memang manusia durjana betul..Dah la bersekedudukan dengan ibu mangsa, boleh bunuh anak tiri dia pulak tu(tak dapat disahkan lagi anak dia ataupun anak tiri). Sakit betul manusia sekarang.
Mangsa dilaporkan ditendang, dipijak di kepala, dan di pukul di seluruh badan di Padang bola di sebuah kampung di Kuala Kubu, Selangor. Sebabnya, budak tu nak main-main lagi dan tengok orang main bola di padang bola tu walaupun hari dah petang dan degil tak nak balik rumah. Sampai mati budak tu.. Tengok, hal kecil pun boleh sampai jadi macam ni. Mana pergi pertimbangan akal waras lelaki tersebut??Mungkin masa ni dia dah dikuasai syaitan. Yang lagi buat kita rasa nak marah, boleh pulak orang ramai yang ada di situ duduk jadi pemerhati je..Kononnya takut nak tolong selepas diberi amaran oleh lelaki durjana tu? Weh, mana letaknya belas kasihan diorang pun tak tahu la. Agaknya kalau la 1 Malaysia bersikap lembik macam tu, alamat hancur la negara kita..



Tapi, ada juga hikmahnya....



Setiap kejadian itu, walaupun kita berhak memberikan pandangan, namun semuanya adalah rahsia Allah..



Kalau sesiapa yang mengikuti rentetan kes ini di akhbar, mesti baca kan, selepas bedah siasat, terdapat kesan-kesan lama seperti didera di badan arwah Shafiya. Mungkin arwah dah lama jadi bahan bapa durjana dia tu. Dan sekarang masanya untuk berehat di Syurga Allah..



Lagi, selepas kes ni, terbuka pulak kisah hubungan asmara ibu arwah dan pasangan kekasihnya walaupun masih berstatus isteri orang..Na'udzubillah..Allah buka aibnya, tapi tak bermakna tertutup pintu taubat untuk mereka..diharap mereka segera bertaubat..



Bila jadi kes macam ni..harapnya kerajaan kita buka mata.. Mana mungkin dibiarkan perkara seperti ini terjadi di negara Islam (yang tak cukup syarat lagi) seperti malaysia ni..Jatuhlah maruah negara kita..Ni baru terbuka satu kes...yang lain-lain perlakuan sumbang tu..masing-masing buat tak nampak je..kononnya atas tiket kebebasan jadi boleh buat apa-apa je yang disukai??Berbalik kepada Islam kalau nak selamat...

Makhluk Aneh dijumpai di Malaysia!!


Baru-baru ini saya ada menerima email daripada kawan yang menunjukkan spesies makhluk aneh yang terdapat di Malaysia..Aneh memang aneh, tetapi pastinya yang aneh itu akan membuatkan manusia berfikir. Yang pasti, terdapat banyak tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t di sekeliling kita. Andai dilihat dengan mata kasar sahaja pasti tiada apa yang dapat kita simpulkan, lihatlah alam sekitar kita dengan mata hati, kerana itu adalah setelus-telus penglihatan yang mendekatkan diri kita dengan tuhan Rabbul Jalil..Insya Allah..



Mari lihat gambar ini...


Yeah..itu dia, dah nampak kepala...





Tengok, ikan ni boleh menampung berat lelaki dewasa




Tengok, tu baru tang kepala dan separuh badan tu..sanggup tak nak makan ikan ni agaknye?





















Tuesday, January 26, 2010

Baby Sitter


Cuti2 ni..dok jadi baby sitter kepada anak buah kesayanganku..Balqis Solehah bin Muhammad Izzul Hisyam..Walaupun Balqis ni agak gedik dan manja2,aku tetap sayang kat dia.Harini geram sangat..dia bantai menangis gile2 sebab tak mau mandi..hangin aku..terpaksa bersabar dengan kerenahnya..


Ni ha gambar-gambar Balqis ni..

Hai..nama saya Balqis Solehah

Saya nak jadi pakar IT bila besar nanti
Saya suka melukis!!

Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah...


1 Jan 2010-630 petang..telah pergi seorang sahabat menghadapMu ya Rabb, adik Nur Hidayah Hassan menghembuskan nafas terakhir setelah lebih 5 tahun bergelut dengan penyakit sindrom tulang rapuh yang dideritainya..perginya takkan kembali..meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap diriku..Walaupun baru beberapa bulan mengenalinya,namun semangat dan keazamannya yang kuat selalu menyedarkan diriku betapa bertuahnya aku dikurniakan kesihatan yang baik..Hidayah..seorang gadis kecil,namun berjiwa besar..walaupun sakit, tetap gigih berusaha untuk menuntut ilmu..Al Fatihah..semoga allahyarhamah diberi rahmat yang berlimpah ruah olehMu ya Rabbi..dan doaku semoga beliau ditempatkan dikalangan hambamu yg solehah..amin


23 jan 2010-730pagi..Sahabat sekuliahku, Tengku Muhammad Onn bin Tengku Adnan telah pergi jua menemuiMu Yang Maha Pencipta..Terlibat dengan nahas jalan raya di kg Ajai Kuala Dong Raub, Pahang..Berakhirnya perjalanan hidup allahyarham, teman seperjuangan yang sentiasa ringan menghulurkan pertolongan dan juga sentiasa menghiasi wajahnya dengan senyuman penuh ikhlas..YaAllah,tempatkanlah rakan2 ku ini di dalam jannahmu..amin...
 

Permata Maya Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino