Monday, October 15, 2012

Dunia maya yang penuh misteri


Dunia maya itu mudah..klik klik klik..semuanya terbentang di depan mata....namun awas..ia penuh misteri..hahaha apakah misteri itu??haa...kena cari sendiri lah ye...saya dah jumpa...awak semua bila lagi :p

Perhentian Bas itu Duniaku......




Saya nak lepak di bus stop yang macam ni..mesti tak bosan kan??


Kawan..teman..sahabat...


Dah seminggu saya tak dapat apa-apa berita daripada bFF saya...kami berselisih faham...bergaduh...dah lama saya makan hati dengan dia, tapi dia tak pernah faham..6 tahun pasti bukan tempoh masa yang singkat untuk kenal seseorang kan? Setiap hari dia kol saya, cerita masalah hati dia, tapi tak pernah dia dengar masalah saya dengan penuh perhatian...Dalam sahabat perlu ada give and take..Saya dah lama memendam rasa...bagi peluang..tak de orang pon yang sanggup kawan dengan dia...Saya je yang nak kawan dengan dia....tapi...macam ni dia buat pada saya? Bercakap macam tak pernah faham saya...

Wednesday, October 3, 2012

Was was dalam qalbu


Saya selalu rasa was-was..hmm was-was permainan syaitan.tapi lumrah manusia,tak pernah terlepas daripada permainan was-was ini..tanda lemah iman kah?Bagaimana kalau was-was dalam membuat keputusan?kalau nak teruskan juga..dah tahu sendiri akan sakit..kalau tak teruskan...mungkin kita terlepas peluang yang terbaik..

.kenapa perlu ada mungkin?dan kalau? 

ya, kerana kita manusia...kan??dalam membuat sebarang keputusan,jangan lupa Allah..semuanya perlu dituntun olehNya..

apa maksud tuntun?pimpin ke?bagaimana? 

istikharah kepadaNya..tawakkal dan lakukan pilihan yang tergerak di hati dengan berlapang dada..ia pasti lebih baik daripada ikut gerak hati yang kosong dan penuh egois..lebih baik daripada ikut telunjuk orang yang tak kan pernah dapat sama merasai penderitaan kita....

Aku dah buat semua di atas..tapi kenapa masih derita? pasti ada di kalangan kawan-kawan dalam situasi yang sama kan? kenapa? perlukah persoalkan ini? Tak perlu kan?

Wednesday, June 6, 2012

LINE vs BBM



LINE - Aplikasi Pembunuh BBM (Blackberry Messenger)

LINE
Aplikasi pembunuh BBM (Blackberry Messenger)



Rasanya semua orang dah selalu sangat dengar BBM (Blackberry Messenger), ye, yang aplikasi messenger untuk handphone model Blackberry yg dikeluarkan oleh RIM. Dengan berbagai features chat macam group chat, send file, update status dan profil pict, dll. Best kan? Tapi sedihnya, hanya pemilik Blackberry je yang dapat menggunakannya..pengguna smartphone lain?kirim salam je la ye..hihihi


‘NAVER’ pengembang dari Jepun memperkenalkan ‘LINE’ aplikasi yg memiliki serupa dgn BBM, bahkan memiliki beberapa sifat yg lebih unggul, salah satunya FREE CALL a.k.a teleponpercuma. Sementara ini LINE dapat di install pada smartphone Android dan Iphone. LINE merupakan freeware jadi dapat di download dari appstore dan android market. 


LINE memberikan layanan free call sesama pengguna LINE tanpa dipotong bil atau topup anda, hanya menggunakan data internet. Untuk kualiti suara tergantung pada network, jaringan yg tercover area 3G dan HSDPA suara sangat jelas


LINE menggunakan nombfr telepon sebagai account id, namun kita juga dapat membuat user id agar mempermudah teman untuk meng-invite id kita


LINE menyediakan personal chat dan group chat sama dgn halnya BBM. Kalau di BBM kita biasa dgn emoticon dan autotext, dg LINE kita bisa tambahkan 'stickers' serupa dg emoticon tapi dgn ekspresi yg lebih banyak, gambar" lucu dan ukuran yg lebih besar. Namun fitur emoticon juga tetap ada


Untuk tujuan keselamatan, LINE menyediakan fungsi block / black list id yg tidak kita inginkan, kita juga boleh gunakan password untuk menghindari orang lain yg meminjam hp kita membuka dan melihat isi perbualan. Profil dapat di edit mengganti foto profil, nama dan status. Background chat room juga dapat diubah dgn beberapa pilihan skin

Jadi setelah melihat beberapa fungsi dari LINE apakah anda akan tertarik untuk mencuba aplikasi tersebut....? Untuk yg menggunakan smartphone Android dan iphone boleh mendownload, untuk handheld lain ditunggu updatenya.  

Thursday, March 15, 2012

Wan Empuk Wan Malini



ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. 

Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu.

Raja Culan/ Sura/ Sulan.. adalah Raja yang diperi menghuni Lautan,(dikhayalkan olih Pengkhayal cerita, agar manusia taat kepada Pemerintah). Untuk menekankan ketaatan kepada raja/ pemerintah, dongeng2nya di selang selikan dengan perkataan Tuhan.. bahasa arab, bahasa yang memuji2 keramah, mu' jizat, kesaktian.

Raja Culan/ Suran/ Sulan ada tiga anak: Yang sulong bergelar Nila Pahlawan; Yang tengah bergelar Krishna Pendita; dan yang bongsu bergelar Nila Utama. Ketiga bersaudara ini telah dibesarkan, dididik dan dipelihara olih Raja AT Tabul Ard, dibawah kasih sayang ibunda bertiga saudara. Setelah dewasa, terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu 

Maka ketiga anak raja itu bertanyakan tentang ayahanda bertiga kepada ninda baginda, Raja Aktabu'l-Ard. Maka sahut Raja Aktabu'l-Ard, " Ayahmu, Raja Culan@ Sulan@Suran adalah anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, bernasab dari Sulaiman 'alaihi s-salam, terpancar dari Nusyirwan Adil, Raja masyrik dan maghrib. 

Ayah cucunda2 sekelian, Raja Culan, bepesan kepada ninda agar cuncunda2 bertiga diturunkan kedunia apabila telah mencapai dewasa. Dan telah tibalah saat ketikanya cucunda2 berangkat kedunia.

Setelah kata ninda baginda2, maka terlalulah sukacitanya anak2 Raja Culan@Sulan@Suran seraya berkata: "Tunjukilah kepada kami bertiga bersaudara ini jalan ke dunia." 

Raja Aktabu'l-Ard telah mengurnia dan memakaikan ketiga2 cucunda baginda itu dengan alat2 kebesaran: Dilengkapi dengan pakaian anak raja2, bertatahkan ratna mutu manikam, serta dikenakan batu jemala mereka2 dengan mahkota2 itu 

Setelah itu maka ketiga baginda pun bermohonlah kepada ninda dan bonda baginda. Maka dipeluk dicium baginda serta bertangis2san, Maka oleh Raja Aktabu'lArd diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupama wamanya; maka ketiga anak raja itu pun naiklah ke atas lembu itu lalu mi'raj kearah dunia maya.

Dengan diilusikan Yang Maha Kuasa, maka teruslah beginda2 menerjah ke Bukit Si Guntang itu waktu malam.

Maka kepada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di atas Bukit Si Guntang itu bemyala seperti api. 

Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Cahaya apa gerangan di Bukit Si Guntang itu? Bemyala seperti cahaya matahari terbit kelihatan. Takut pula beta melihat dia." 

Maka kata Wan Malini: "Janganlah kita ingar-ingar, jikalau gemala naga besar gerangan itu." 

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun diamlah dengan takutnya, lalu keduanya tidur. Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah. 

Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." 

Maka kata Wan Malini: "Marilah." 

Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. 

Maka kata Wan Empuk: "Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini???. " 

Maka sahut Wan Malini Wan empuk: "Beta pandang semalam di atas Bukit Si Guntang itu, bukannya padi huma kita ini." 

Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti wama keemas-emasan; maka datanglah sekarang ini, tanah itu diceritakan orang seperti emas juga.

Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, lengkap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang bertatahkan ratna mutu manikam; memakai mahkota ketiga, ter- lalu sekali elok parasnya, 

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda ketiga itu; seorang memegang curik dan satu kayu yang bercap di tangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekaliannya daripada keemasan. 

Maka Wan Empuk pun berfikir dalam hatinya: "Anak raja mana orang muda ketiga ini, sekonyong-konyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya; entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah negara bukit itu pun seperti emas. "
.
Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya: "Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak 'raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan Hamba ketiga kepada kami kedua ini; kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini.".

Maka sahut Nila Pahlawan: "Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman 'alaihi s-salam, dan. nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya.".

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini: "Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba ke mari, dari mana jalan tuan hamba?" 

Maka Nila Pahlawan pun berceriteralah seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabu'l-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suran masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda ketiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkan Nila Pahlawan kepada Wan Empuk dan Wan Malini. 

Maka kata Wan Empuk: "Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu?" Maka sahut Nila Pahlawan, "Mahkota kami ketiga inilah alamatnya; serta padi habis berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa, dan tanah negara bukit inimenjadi seperti wama keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain; keturunan Sulaiman alaihi s-salam."

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang2 muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini; padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak raja itu.

Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain itu. 

Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah, mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini mengadap anak raja itu. Maka di ambilnya ketiga anak raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu putih itu ke negeri Palembang, dipeliharakannya dengan sempumanya. Maka Nila Pahlawan digelar Sang Si Perba. 

Dengan takdir Tuhan, maka lembu kenaikan baginda2 itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri membaca mantera demikian bunyinya:

Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *.

Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", ertinya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itulah asal orang membaca mantera (ayat suci) dahulukala.

credit to : http://tokbatinsenoi.forumotion.net/

Wednesday, February 29, 2012

Jodoh kan dah ada......


Sejak akhir-akhir ni, tak kisah la ke mana-mana aku pergi, bila terjumpa je dengan makcik-makcik yang kenal kita, mesti akan disoal tentang pasangan hidup ni. Ok, rasa macam pelik sangat..rasanya itu hak peribadi, kalau tak de aku ajak datang makan kenduri, maknanya belum sampai masa lah kan? Pokok pangkalnya di sini, kenapa orang selalu tanya soalan macam tu? adakah sebab anak dia yang sama baya dengan aku dah kahwin dan beranak pinak? atau pun dia nak kenen kan aku dengan someone?hehehe...

Kepada sesiapa yang bertanya..terima kasih banyak2..saya faham..kamu semua ambil berat tentang saya :) sebenarnya,soal jodoh,rezeki,ajal semua dah tertulis sejak kita dalam perut mak lagi..Allah dah tentukan semuanya..kita sebagai manusia ni perlu berusaha mendapatkan yang terbaik..Ok, mesti pelik kan?kalau dah ditentukan,macam mana nak pilih yang terbaik?mestilah kita dah tak boleh pilih, betul tak?

Oklah..macam ni..kita tahu, Allah dah tentukan jodoh kita..jadi saya hanya mampu doa semoga jodoh saya itu ditemukan di jalan yang di redhaiNya..jalan yang jauh daripada kemaksiatan dan kelalaian..begitulah caranya untuk kita mendapatkan jodoh yang terbaik. Sebagai contoh, kalau saya berkenalan dengan A..dia memang suka saya dan berkawan..kalau dalam masa berkawan tu kalau saya keluar-keluar tengok wayang,buat maksiat dengan dia..lepas dah lama berkawan, kami pun bertunang, dan berkahwin...nampak tak jalan tu dah menyimpang?

Contoh kedua pula,saya berkenalan dengan A, dia suka saya dan ingin peristerikan saya, dalam tempoh berkenalan, dia jumpa saya bersama orang tua saya..jaga pergaulan dan tingkahlaku..tak keluar berdua..haaa macam tu kan nampak sweet...jadi itu maksud saya..jodoh tu Allah dah tentukan..cara kita mendapatkan jodoh tu yang kita boleh pilih..nak cara diredhai atau dimurkai.

Saya percaya jodoh tu ada..di samping berdoa dan usaha jaga batas pergaulan..kita mesti perbaiki diri kita..nak jodoh yang baik,diri kita mesti baik juga..

macam mana? boleh terima tak pendapat ni?walaupun tak terdapat hadis soheh atau petikan ayat quran..saya harap sapa yang baca faham apa yang saya nak sampaikan...sebab saya ni manusia biasa..menulis pun tak reti..tapi nak sangat share apa yang terbuku di hati ini...

Friday, January 6, 2012

Penglipurlara:Part 1 - Bung Bung Kang Ku-ng


Kisahnya begini. Dulu, tinggallah satu keluarga miskin.Ada Mak Bedah, anaknya Kuntum, dengan sorang lagi anak tiri namanya Melur.Mak Bedah ni memang manjakan sangat anaknya Kuntum, sampai masak air pun tak reti lah si Kuntum ni. Padahal malas berliwat. Mekala si Melur ni pulak selalu sangat kena suruh dengan Mak Bedah. Pantang silap sikit habis berbirat betis kena libas. Tapi tu lah, Melur ni tak berkira. Dianya sayang ngat ke Mak Bedah dengan Kuntum ni.Mende dah tak nye ada urang lain dah..waris seme taknye ada..tinggallah Melur mengasuh Mak Bedah dengan Kuntum.Pagi-pagi lagi Melur dah keluar membuat hal.Mencari air kayu untuk memasak, mandi, macam-macam lagilah. Tengahari sikit lepas bertanak, jerang air,masak lauk apa yang patut, pegi lah dia nya kerja. Kerjenye menjaga padi urang kaya.

Kerja Melur ni menjaga padi urang kaya. Dapatlah beras 5 gantang sebulan. Dapat la deme anak beranak makan. Zaman iterh urang tak mengira ke duit ringgit sangat. Asal ada makan, beras tak putus pun dah jadi. Mudah ngat lah hidupnya masa tu..Yang susahnya Melur ni sebab dia surang je yang kerja. Mak Bedah dengan Kuntum duduklah di rumah bersenang-senang.Main anak kucing, bertana bunga, satu je yang sedak sikit Mak Bedah ni rajin bertanam sayur. Tapi tu la,demenye langsung tak mengira ke Melur ni. Masa iterh umur Melur ni muda lagi, tapi bulih menikah la patutnye. Masa kerja dengan urang kaya ni, dapatla juga Melur berganti kain-baju. Yelah, bini urang kaya ni rajin membeli-belah ke Pekan, mana-mana kain baju yang tak nye nak pakai dah tu nye bagi la ke Melur nih. Dapatlah Mak Bedah dengan Kuntum tumpang melaram. Hmm makin besor lah kepala deme terh. Tapi Melur tak kisah..suke ngat dia nye dapa meninguk mak tiri dengan Kuntum melaram-laram. Mana-mana baju yang deme tak berkenan barulah dapat ke Melur.

Nak cerita pasal kerja Melur ni, dia tengahari pergilah turun ke sawah urang kaya.masa musim bertanam padi bertanamlah Melur ni. Sampai la musim menuai...tiap-tiap harilah Melur ni kerja. Taknye ada lah cuti macam zaman sekarang ni. Masa musim menunggu padi masak tu lah masa yang payah betei. Melur kena la jaga padi tu, takut nye makan di musoh. Musoh pulak banyak..tak kira waktu ada je yang mengacau.Tikusnye la, burung, macam-macam la musoh padi ni. Semua nye nak mengerjake padi urang kaya. Ye lah, padi benih baik. Dalam banyak-banyak musoh ni, burong pipit tuli la yang paling banyak sekali. Sekali Melur kejor, berpuluh pulak yang berkerumun di belakang. Tak ketawan hala dah Melur ni. Pulaknye dia surang je yang kerja kat situ. Puas la dia menyanyi bagai lah nak menghalau burung. Dah pepah pun susah pipit tuli ni nak lari. Benda urang kata nye tuli iterh tak nye peduli ke urang menghalaunye.. Meke lame terh menyanyi2 la Melur ni dalam menghalau burong-burung terh. Tak tau lah sedap ke tak suara Melur ni. Tapi agaknya setandinglah dengan Dato' Siti. Yelah, mende urang Pahang juge..Macamni lah lebih kurang lagu Melur nih:


"Siuh pipit tuli,
Jangan makan padi aku,
Padi aku pahit maung,
Padi raja muda,
Lemak Manis"


Dalam menyanyi-nyanyi terh, ada pulak bende lain yang menyahut. Melur ni terkejut la juga. Mat ke pelik ngat bunyi nye..ntah menatang ape la pulak..seram juge melur mendengarnya.Melur cuba buat-buat tak tau.Tapi dia dah mula tak sedap hati. Tak pernah nye dengor bunyi begitu..burok juga bunyi erh."Bung bung kan kung"..Haaa tak ke pelik..ntah bunyi burong apa pulak macam iterh..puas Melur tertinguk-tinguk tak terjumpa pulak bendenye..Dah begitu apa lagi..lintang-pukang la Melur lari..Hari dah dekat senje macam-macam la yang nye pikir di Melur ni.Benda sawahnye pulak jauh pada urang. Zaman iterh taknye ada la pulak cerite urang merogol ke apa, Melur ni takut ke antu sitan je la dalam kepala dianya. Sampai ke rumah, terkejut pulak Mak Bedah Meninguk Melur tercungap-cungap penat ngat belari. Sekala erh tak pernah pulak budak ni balik awal begini. Selagi tak senja dudukla menjaga sawah tu.Memang lurus betei budak Melur ni.

Mak Bedah pun tanye lah, mengapanya aok ni Melur, berlari macam urang kena kejor di rimau. Melur pun kate, ni bukan nye kejor di rimau mak, ntah ada bende yang menunggu di sawah urang kaya tu, bila habis je kas menyanyi menghalau burong tu ada pulak bende menyahut "Bung bung kang kung". Takut la kas, ntah bende apa pulak pelik ngat bunyinye tu..Nak kata urang kas memang dah tinguk tak nye ada la urang yang rajin ngat nak ke sawah petang-petang ni..Anak-anak urang kaya tu lagi la bukannya..bende deme nye tu memang malas..takut ngat ni mak..burok ngat bunyi bende tuh. kas ingat mesti penunggu sawah. Haish, tak bulih buat main, karang nye makan ke kas karang susah mak.. Mak Bedah pun seriau juga mendengar cerita Melur tu. Takut juga kalau-kalau betul la tu bunyi penunggu sawah, karang tak pasai deme..takde urang nak diharap ke dah.. tapi Mak Bedah ni rupenya cerdik..Dia dapat satu akal. katenya ke Melur. Macam ni lah Melur, aok tak payah takutlah. Sebelah sawah urang kaya tu sawah raja muda. Lain kali, kalau ada lagi bende tu menyahut, aok sebut "Mau" ye..Kita tinguk..mende apa yang keluar. Nanti kalau aok terkejut, takut ngat..lari je ke tempat raja muda tu..ramai juga urang yang kerje dengan raja muda tu..Bulih juge deme tingok ke bende erh..bulih macam tu?? Hmm Melur tak berani lah mak,tapi ye lah, esok Melur cube lah. Kuntum yang mendengar ceritenye seram sejuk juge la.Malam tu demenye tidur 3 beranak sebab takut sangat. Mana tau ntah-ntah benda tu mengikut Melur balik. Kalau merupe depan deme karang haru juge lah.

Esoknye.....

Melur pun buat-buat berani lah pergi kerje..Menyanyi lah melur ni macam biasa.......