Monday, December 20, 2021

Coretan rasa


Cuaca Lemau...

Membuatkan aku teringat pada kenangan..Tapi semua itu tidak berguna untuk dikenang..cukuplah dijadikan pengajaran..Pelbagai tragedi yang berlaku dalam hidup aku..Hanya pada Allah untuk bercerita...Kadang kala aku teringin juga nak bercerita pada kawan²..tapi aku bimbang dinilai buruk pada pandangan mereka. Aku tak suka dinasihat dengan perkara yang aku dah tahu. Aku cuma perlukan telinga untuk mendengar tanpa ada sebarang curiga. Aku mahu bebas berkawan tanpa ada sebarang sengketa. Adakah yang sudi berkongsi rasa tanpa banyak bicara? 

Menjalani usia 36 tahun tanpa kerja hakiki yang tetap bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Aku ada pelbagai tanggungan. Hutang ptptn.Bil² untuk dijelaskan dan belanja keperluan diriKadang kala aku berasa gembira dengan keadaan begini. 

Dari sudut yang lain aku bebas. Aku ada bisnes online, aku ada kerja sambilan yang bergaji tetap.Aku banyak masa dengan keluarga. Aku boleh berbakti pada Ibu yang teramat kucinta. Tapi pada fasa² yang melibatkan Kewangan aku rasa sedih kerana tidak mampu untuk berwewah². Arggggh mungkin itu hanya kesedihan tipu Daya iblis yang mahu aku menyuburkan Hawa nafsuku yang suka bermewah².

Bila difikir aku patut bersyukur kerana Allah sentiasa bagi semuanya cukup, malah lebih daripada yang aku minta. Kesedihan aku datang bila melihat kekurangan aku berbanding orang lain yang dapat hidup mewah. Ya, betulkan? Itulah nafsu.

Bila cerita soal pasangan pula. Memang aku bujang. Setakat sekarang aku tiada komitmen cinta dengan sesiapa. Aku serik melalui pelbagai episode hitam yang dinamakan cinta. Cukuplah 3 kali episode cinta Tak jadi dalam hidupku Dan 10 kali aku menolak insan bergelar lelaki yang ingin mencuba nasib mendekatiku. Aku rasa itu dah terlalu perit untuk diulangi. Yang pertama 11 tahun masaku dihabis kan. Yang Kedua 3 tahun.Yang ketiga pun cuma bertahan 3 tahun. 

Ketiga² mereka semuanya baik². Rupa boleh tahan handsome. Banding dengan aku memang Tak padan. Mungkin aku yang jahat? Aku ada mood swing barangkali? Bila aku sayang Aku saaaaayang sangat. Bila satu² masa aku ignore macam diorang Tak pernah wujud. Mungkin aku bosan pada masa tu dengan hubungan yang Tak pasti. Masing² Tak stabil Dan aku Tak berani nak teruskan hubungan yang merisikokan Masa depan. Pada masa tu aku fikir kerja yang bagus je dapat menjamin Masa depan. Ye la, sebab aku perempuan. Perlukan jaminan untuk rumahtangga yang bakal dibina. The main point is aku Tak berani Dan aku Tak yakin family dapat terima. Sebelum apa² terjadi aku putuskan hubungan Dan berharap dapat jumpa yang lebih baik. Aku rasa jahat tau. Tapi semua orang berhak memilih. Tambah pulak Masa tu aku ada kerja yang agak bagus.

Tapi langit Tak selalunya cerah. Aku hilang kerja sekelip Masa setelah berlaku satu insiden. Aku hilang keyakinan diri. Aku hilang kesihatan. Aku hilang cinta. Allah Maha Baik. Masih dekatkan aku dengan keluarga. Bagi aku sihat balik. Aku susah nak sayang diri aku semula. Aku bergelut. Aku selalu rasa bersalah Dan malu jumpa orang. Aku hilang punca.

Syukur Allah pinjamkan aku keluarga Dan sahabat yang selalu bagi semangat untuk aku bangkit. Syukur aku ada mak. Itulah kekuatan aku. 

Aku harap dapat berhenti menyalahkan diri sendiri. Semua ketentuan Allah.Boleh jadi belum betul² berjumpa jodoh yang serasi denganku. Aku tidak pernah putus berdoa moga ada kebaikan yang pernah aku lakukan menjadi Asbab untuk aku berjodoh dengan orang yang baik². Mendapat rezeki yang baik².

Impian aku sekarang adalah untuk hidup sihat, cantik dan ceria sebagai seorang usahawan jutawan, dermawan Dan baik budi pekerti. Aku nak bahagiakan ibuku, makcikku Dan keluarga ku. Aku nak jumpa jodoh yang terima aku seadanya. Aku nak belajar ilmu agama Dan ada anak² yang soleh Dan solehah..

0 comments:

Post a Comment