Perkara paling hangat dalam alam siber hari ini tak lain tak bukan. google.com.my digodam lagi. Sekali lagi enjin carian ini menjadi mangsa godaman DNS. Kali ini ia dilakukan oleh pasukan penggodam dari Pakistan. Sama seperti yang berlaku pada Julai 2013, dimana google.com.my telah digodam oleh pasukan penggodam Bangladesh. Perkara ini seperti menjadi kebiasaan kepada para penggodam yang mencuba untuk menggodam domain berprofil tinggi dengan cara yang paling mudah, iaitu melalui serangan DNS. Semoga selepas ini security laman-laman berdomain dot com dot my akan lebih dipertingkatkan.
0 comments:
Post a Comment