Filem apa ye?Sudah pasti filem AVATAR. Kredit buat pengkarya filem James Cameron dengan hasil garapan yang ternyata bermutu tinggi setanding filem romantis nukilannya lebih kurang 10 tahun lalu(Titanic).
Ternyata kedua-dua filem ini bermain dengan emosi penonton sehinggakan saya yang menonton turut berasa seperti meresap ke dalam dunia 'asing' ciptaan Cameron.Filem ini mengisahkan seorang askar marin dari bumi , Jack Sully(Sam Worthington) yang lumpuh separuh badan yang dihantar untuk mengintip kelakuan dan pergerakan makhluk asing di sebuah planet yang dinamakan Pendora.
Makhluk yang dipangil Na'vi ini berkulit biru, bertelinga seperti kuda, dan berekor seperti lembu. Walaubagaimanapun tubuh badan mereka amat mirip dengan manusia biasa cuma ketinggian mereka yang sangat ketara dengan makhluk bumi. Rata-rata Na'vi mempunyai tinggi 10 kaki.
Jack telah ditranformasikan secara maya ke dalam tubuh seorang Na'vi(digelar dream walker kerana Jack ditidurkan di dalam kapsul khas sementara fungsi otaknya sahaja yang menggerakkan Na'vi tiruan"AVATAR" tersebut). Sementara puak Na'vi sendiri melihat Jack seolah-olah sama seperti mereka walaupun mereka curiga dengan kehadirannya.
Misi untuk mengintip dan menguasai habitat Na'vi telah berubah haluan tatkala Jack tersesat dan terperangkap di dalam hutan penuh mistik di planet Pendora tersebut. Serangan haiwan buas telah menemukan Jack dengan gadis Na'vi yang bernama Neytiri(Zoe Saldana) dan sama sekali telah menggugat misi sebenar Jack.
Kalau saya nak cerita habis memang tak syok la kan? Saya nak kongsi pengalaman menonton Avatar 3D. Rasa macam kita pula yang berlakon.Tambahan pula dengan sinematografi imej2 hutan di Pendora yang macam glow in the dark tu, memang real habis!!!dan Memang feel habis!!!dengan imej janaan komputer(CGI) yang superb!!!Memang berbaloi-baloi menonton filem James Cameron ni.
Apa lagi ye??Ok, menonton filem ini membuatkan saya berfikir tentang kewujudan makhluk lain selain manusia(makhluk ghaib) yang mana kita manusia biasa tiada upaya untuk melihat mereka melainkan jika dibuka hijab oleh allah swt.
Lagi info menarik? Filem ni juga telah diperam oleh James Cameron selama lebih kurang 15tahun..Punya lah lama dia simpan karya dia ni..memang saja je nak tayang time teknologi semakin canggih ni kot.hehe
Nak info lagi??Saya siap nangis dalam panggung..bila scence askar-askar jahat ni yang bersungguh-sungguh nak musnahkan hutan mistik planet Pendora ni tanpa mengambil kira keadaan penduduk yang dah lama mendiami kawasan tersebut. Memang tak ada perikemanusiaan. Ramai orang Na'vi mati masa ni termasuklah ayah Neytiri.
Setakat itu sajalah review AVATAR daripada saya. Cepat-cepat lah tengok ye. Buka mata hati sikit bila tengok cerita ni.Terutama pada generasi muda. Jangan ingat nak enjoy je..hehehe macam mak nenek la pulak..Sekadar peringatan je.Bagi manusia yang berfikir memang banyak manfaatnya, tengok filem pun kita dapat mengagumi kekuasaan Allah.. MasyaAllah..ilmu Allah sangat luas sampai kita takkan pernah habis menerokainya.Bayangkan sahaja imaginasi manusia sudah seperti ini, pastinya wujud dunia atau alam lain yang ciptaan Allah swt yang tidak mungkin tercapai oleh akal kita manusia biasa ini untuk membayangkannya. Wallahu A'lam..marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat yang allah berikan. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment