Semasa kecil, anak-anak begitu manja dan patuh dengan ibu. Bila dah remaja sikit mula pandai membantah, melawan, tak boleh ditegur. Dah dewasa, anak-anak selalu berlagak pandai daripada si ibu. Cuba mengatur-atur hidup si ibu. Kononnya pada pandangan si anak dialah manusia terpelajar, lulusan universiti dan sebagainya. Saya selalu melihat fenomena seperti ini. Mungkin juga tempias kepada diri sendiri yang kadang-kala lupa bahawa kasih-sayang ibu terhadap anak tiada tolok bandingnya. Lebih-lebih lagi saya sudah tiada berayah. Ayah telah meninggalkan kami pada tanggal 28 Jun 2008 akibat pulmonary embolism.
Berbalik kepada ibu, Marahnya mereka kerana sayang. Risaunya mereka kerana sayang. Tangisnya mereka kerana sayang. Tegasnya mereka kerana sayang. Pendek kata semua yang lahir dari hati, mulut, dan perlakuan seorang ibu terhadap anaknya adalah kerana sayang. Lihatlah betapa luhurnya hati seorang ibu yang di jadikan Allah swt begitu penuh dengan kasih-sayang.Sebagai anak, cubalah hargai jasa ibu.
Pada anak-anak yang masih bersekolah terutama remaja, apa salahnya melupakan waktu bersukaria melepak di pusat membeli-belah atau di mana sahaja bersama rakan-rakan. Selepas sessi persekolahan pulang terus ke rumah. Tidak rugi kalau digelar anak emak atau apa sahaja oleh rakan-rakan asalkan kita tahu apa yang kita lakukan untuk menyenangkan hati ibu. Tak perlu ibu runsing memikirkan ke manakah anaknya menghilang tatkala waktu persekolahan sudah lama tamat. Jenguk-jenguk lah ibu di dapur, ringankan serba sedikit beban mereka. Percayalah, walaupun cuma membasuh sebiji cawan, penat ibu pasti terubat melihat anak sudi membantu. Luangkanlah masa untuk berbual-berbual dan bergurau senda dengan ibu, pasti segala kepenatan ibu menguruskan rumah tangga lenyap dengan gurau tawa anak-anak.
Susah sangatkah anak-anak untuk melakukan hal sedemikian??
Buat anak yang sudah berkerjaya, malahan berkeluarga, jangan diabaikan ibu kalian. Mungkin ibu kalian wanita berdikari dan masih mampu menguruskan diri dan masih sihat tubuh badan. Namun, hati dan perasaan mereka sangat lembut dan sensitif. Jika melihat anak-anak bahagia, mereka malahan lebih bahagia sebenarnya. Bukan wang ringgit yang didambakan daripada anak-anak.Cukuplah sekadar secebis perhatian, penghormatan, doa, dan kasih-sayang, itulah yang diharapkan seorang ibu.
Senario sekarang, anak-anak terutama yang lelaki(tidak semua) pasti akan melebihkan si isteri, tanpa menyedari hati ibu sendiri terguris.Yeah..memang people surrounding me always like this!!I don't know wheather to hate them or to sound directly to them..huh!! Masakan tidak, si anak dengan gembira bercerita kepada si ibu yang isterinya bahagia dengan pemberian kereta olehnya, percutian bersama isteri dan mertua tersayang, dan sebagainya sedangkan si ibu satu sen pun tidak pernah merasa wang gaji si anak. Bukanlah si ibu mahukan sangat duit hasil anak tu, tapi anak pun patut sangatlah hulur semampu yang boleh. Macam la ibu ni takda expenses..Adik-adik yang masih sekolah tu tak kira pulak??berapa sangat lah nilai pencen ibu dan arwah ayah tu. Boleh dikira dengan sebelah tangan je bilangan si ibu menaiki kereta baru si anak dan pelbagai lagi perkara yang agak kurang wajar buat si ibu. Walaupun terguris si ibu diam sahaja, masih setia melayan keletah cucu yang tidak jemu-jemu minta dimanja...
Cukuplah bebelan setakat ni..sambung di entri akan datang...sekadar luahan perasaan...
0 comments:
Post a Comment